Patung Provokasi Tindakan Bodoh - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Barisan Nasional (BN) berkata tindakan pihak tertentu meletakkan patung-patung provokasi di beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sengaja dibuat bagi menimbulkan kemarahan rakyat terhadap parti itu.

Menyifatkan ia sebagai tindakan bodoh, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pihaknya sudah membuat laporan polis sebaik sahaja dimaklumkan mengenai perkara tersebut.

"Kita sudah nafikan. Kita tak buat kerja-kerja begitu, tak buat kerja-kerja bodoh dan hal sebegitu.

"Tindakan ini sudah tentukan membangkitkan kemarahan serta wujudkan sentimen kebencian. Itu bukan cara kita dan pastinya bukan buatan kita," katanya pada sidang media selepas mempengerusi mesyuarat jentera BN di Bilik Gerakan BN PRK Sungai Limau di sini, Ahad.

Terdahulu PAS dalam sidang media mereka seolah-olah mendakwa patung dari paras pinggang ke bawah dengan sebelah kaki dipotong serta tertera perkataan 'kaki ustaz' itu, merupakan provokasi daripada pihak lawan.

Difahamkan, patung itu yang digantung di beberapa tempat sekitar DUN Sungai Limau seolah-olah menggambarkan keadaan bekas wakil rakyat Sungai Limau Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang sebelum ini menjalani pembedahan memotong kaki akibat penyakit kencing manis.

Tegas Muhyiddin, beliau yakin tindakan provokasi itu sengaja dibuat di saat-saat akhir menjelang hari pengundian esok.

"Saya tak tahu siapa tapi pastinya mereka fikir kalau buat begitu, orang akan marah BN... tapi ini bukan cara kita," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan