Mohd Azam Seru Pengundi Keluar Awal

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Calon Pas DUN N20 Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat bersama isterinya, Taqhiyah Ismail, 32, (dua, kanan) ketika hadir mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Yan, Kedah, Isnin. -fotoBERNAMA
Calon Pas DUN N20 Sungai Limau, Mohd Azam Abd Samat bersama isterinya, Taqhiyah Ismail, 32, (dua, kanan) ketika hadir mengundi bagi Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar, Yan, Kedah, Isnin. -fotoBERNAMA

YAN: Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat menyeru pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau supaya keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing seawal mungkin berikutan keadaan cuaca yang baik sejak pusat mengundi dibuka pukul 8 pagi Isnin.

"Alhamdulillah keadaan cuaca baik hari ini. Saya harap org ramai keluar mengundi awal, guna peluang ini," katanya ringkas ketika ditemui di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Bukit Besar di sini, Isnin.

Ditanya mengenai keyakinannya untuk menang, beliau berkata: "InsyaAllah...insyaAllah."

Sebelum itu beliau tiba di pusat mengundi berkenaan kira-kira pukul 8.25 pagi dan kemudiaannya masuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi lima minit kemudian.

Mohd Azam berhadapan saingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan tiada hujan di sebelah pagi namun ribut petir dijangka berlaku pada sebelah petang.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan