JKM Siasat Kes Dera Kanak-Kanak Di Taska - Rohani

Diterbitkan: Isnin, 4 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diarah untuk menyiasat dakwaan penderaan seorang kanak-kanak oleh pengasuh di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Melati di sini seperti dilaporkan media Jumaat lepas.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, JKM tidak menerima sebarang aduan mengenai kes berkenaan, dan pihaknya mendapati aduan itu dikemukakan kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

"Semakan awal mendapati Taska itu tidak berdaftar. Siasatan segera akan dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Rohani menegaskan kementerian melalui JKM yang mengawal selia Taska amat memandang serius aspek keselamatan, kesihatan, kesejahteraan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak di Taska.

Sehingga bulan lepas sebanyak 2,910 Taska berdaftar dengan JKM berbanding 819 pada tahun 2011, katanya.

Rohani berkata, mana-mana Taska yang dikenal pasti tidak berdaftar atau melanggar syarat-syarat yang ditetapkan, JKM akan mengeluarkan surat peringatan dan memberi khidmat nasihat mengenai prosedur serta standard minimum untuk pendaftaran Taska.

"Sekiranya pengusaha berkenaan masih gagal mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam tempoh yang diberi, kertas siasatan akan dibuka bagi membolehkan tindakan pematuhan diambil seperti kompaun, tutup sementara, pembatalan pendaftaran dan pendakwaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan