Umno Kalabakan Mohon 14 Anggota Wanita Tidak Dibenar Bertanding Semula

Diterbitkan: Ahad, 3 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Umno Bahagian Kalabakan telah memohon kepada Umno pusat supaya 14 anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian itu, yang meletak jawatan bulan lepas, tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan semula jawatan pada 30 November ini.

Ketuanya, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, ini bagi memastikan tidak ada anggota yang meletak jawatan semata-mata kerana tidak puas hati dengan proses pemilihan.

"Kita tidak mahu apabila mereka menang semula, tetapi tidak puas hati, mereka akan letak jawatan lagi sebagai tanda protes," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan peralatan dan perikanan kepada 100 anggota Pemuda dan Puteri Umno di sini, Sabtu.

Ghapur, yang juga anggota Parlimen Kalabakan, berkata ada cara yang betul untuk melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap sesuatu perkara dan bukan dengan meletak jawatan selepas diisytihar menang sesuatu jawatan.

Anggota Wanita bahagian itu meletak jawatan tiga hari selepas pemilihan sayap diadakan kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan di bahagian itu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan