Nasrudin Bertanding Jawatan AJK PAS Pusat

Diterbitkan: Ahad, 3 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nasrudin
Nasrudin

IPOH: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan akan bertanding jawatan Anggota Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat pada Muktamar Tahunan kali ke-59 yang berlangsung dari 22 hingga 24 November.

Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh berkata beliau bersedia memikul tanggujawab itu selepas perwakilan memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding jawatan berkenaan.

"Saya ditawarkan untuk bertanding dua jawatan, iaitu Anggota Jawatankuasa PAS Pusat dan Naib Presiden PAS. Bagaimanapun, saya menarik diri untuk jawatan Naib Presiden dan hanya sekadar bersedia untuk memberi khidmat bakti kepada Jawatankuasa PAS Pusat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Perak kali ke-30, di sini, Ahad.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussien, Ketua Dewan Pemuda PAS Perak Mohd Zawawi Abu Hassan dan timbalannya Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss.

Beliau menarik diri bertanding jawatan Naib Presiden selepas melihat calon lain lebih berkemampuan dan berkaliber untuk memikul tanggungjawab itu.

Nasrudin turut menyatakan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda PAS Pusat untuk memberi ruang dan peluang kepada calon lain meneruskan kepimpinan untuk parti itu.

"Terserah kepada perwakilan untuk memilih calon yang layak kerana mereka (perwakilan) mampu menilai calon berdasarkan rekod dan prestasi (calon) masing-masing. Yang menang akan teruskan perjuangan manakala yang kalah tidak bermakna gagal, mungkin ada jawatan lain yang sesuai untuk mereka," katanya.

Nasrudin yang memegang jawatan itu sejak 2009, mengharapkan calon yang dipilih bersedia untuk menyahut cabaran lebih besar selain boleh melakukan sesuatu lebih baik.

"Saya tidak berpuas hati dengan pencapaian yang telah saya lakukan, sebab itu saya mengharapkan siapa yang ambil alih tempat saya meneruskan perjuangan ini dengan sempurna, namun Alhamdullilah saya telah beri yang terbaik dan mudah-mudahan ia memberi kebaikan kepada parti," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan