MTUC Minta Bank Sediakan Lebih Banyak Wang Kertas RM10

Diterbitkan: Ahad, 3 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa bank menyediakan wang kertas RM10 secukupnya dalam mesin juruwang automatik (ATM) masing-masing untuk kemudahan pekerja berpendapatan rendah.

Naib presidennya A. Balasubramaniam memberitahu Bernama MTUC menerima banyak aduan daripada golongan itu bahawa mereka tidak dapat mengeluarkan wang sekiranya mempunyai baki simpanan kurang RM50.

Menurut beliau kini sudah menjadi amalan bagi sektor swasta membayar gaji melalui akaun bank dan walaupun MTUC menyokong langkah itu, tetapi ia mempunyai sedikit kelemahan yang perlu diatasi.

Katanya bagi kebanyakan pekerja, mengeluarkan wang RM10, RM20 atau RM30 adalah perkara biasa, tetapi mereka sering tidak dapat berbuat demikian kerana ATM tidak mempunyai wang kertas RM10 secukupnya.

Oleh itu, beliau meminta Bank Negara memberi perhatian terhadap perkara ini dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pekerja berpendapatan rendah. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan