Masyarakat India Nikmati 'Masa Emas' Di Bawah Pimpinan Najib - MIC

Diterbitkan: Ahad, 3 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Masyarakat India di negara ini kini menikmati 'masa emas' berikutan keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan pelbagai usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat itu, kata Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. Subramaniam.

Menteri Kesihatan itu berkata sikap keprihatinan Najib yang sentiasa mendengar pandangan disuarakan pemimpin masyarakat India terutamanya daripada MIC merupakan faktor penting dalam usaha menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi masyarakat itu.

"Di bawah pimpinan perdana menteri banyak peluang diberikan kepada masyarakat India untuk meningkatkan taraf hidup mereka, kami amat berterima kasih kepada beliau," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Deepavali yang dianjurkannya di Ujong Pasir di sini malam Sabtu.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Anggota Dewan Negara Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut menghadiri rumah terbuka yang dikunjungi kira-kira 2,000 orang dari pelbagai kaum.

Memberikan contoh, Dr Subramaniam berkata dalam Bajet 2014 yang diumumkan Najib baru-baru ini, peruntukan RM28 juta diberikan bagi mewujudkan kelas prasekolah di 167 Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) seluruh negara untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India.

"Semua tahu dengan pendidikan sahaja kita dapat meningkatkan taraf hidup dan usaha ini bakal membantu ramai masyarakat India berpendapatan rendah memberikan pendidikan awal kepada anak-anak mereka seterusnya meningkatkan pencapaian (anak itu) apabila mereka masuk ke sekolah rendah nanti," katanya.

Justeru, beliau berkata masyarakat India perlu merebut peluang yang diberikan kepada mereka pada masa emas ini bagi meningkatkan taraf hidup mereka dan tidak membiarkan peluang itu berlalu tanpa berbuat apa-apa. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan