Lebih 50,000 Bas Sekolah Tidak Berdaftar Dengan SPAD - Syed Hamid

Diterbitkan: Ahad, 3 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Terdapat lebih 50,000 bas sekolah di seluruh negara yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) kata Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Sehingga kini, hanya 18,000 bas sekolah yang berdaftar.

Syed Hamid berkata, kebanyakan pengusaha bas sekolah terutamanya di kawasan luar bandar tidak mendaftar dengan SPAD kerana mereka menggunakan bas lama yang tidak memenuhi syarat dan peraturan ditetapkan suruhanjaya itu.

"SPAD tidak mempunyai apa-apa halangan untuk mengeluarkan lesen bas sekolah, asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan.

"Sesiapa pun boleh memohon asalkan dia berkelayakan seperti warganegara Malaysia, tidak mempunyai rekod jenayah dan bukan seorang yang bankrap," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan Skim Perlindungan Insurans Murid-murid Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, di sini Sabtu.

Katanya, penyediaan skim insurans itu adalah untuk memastikan kenderaan yang digunakan membawa murid-murid sekolah terjamin keselamatannya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan