Urusan Jual Beli Kenderaan Ditambah Baik Dalam Sistem mySikap - Ismail

Diterbitkan: Sabtu, 2 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Urusan jual beli kenderaan ditambah baik menerusi sistem mySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dilaksanakan di seluruh negara bermula hari ini, kata Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad.

Beliau berkata transformasi urusniaga tukar milik kenderaan itu diperkenalkan bagi mengelak sebarang isu integriti yang banyak berlaku dalam urusan tukar hak milik kenderaan sebelum ini.

Katanya transformasi itu ke arah penghasilan modal insan yang mempunyai mentaliti kelas pertama dan infrastruktur kelas pertama.

Menerusi pendekatan baharu itu, pemilik dan pembeli wajib menurunkan cap jari dalam urusan jual beli kenderaan di pejabat JPJ, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Skuad Muda 1JPJ peringkat negeri di Pantai Batu Burok di sini, Jumaat.

"Kedua-dua individu perlu mendaftar di mana-mana kaunter JPJ untuk menurunkan cap jari. Mereka ini tidak semestinya serentak ke kaunter JPJ asalkan sebelum tempoh tujuh hari dari orang pertama turunkan cap jari walaupun lokasi JPJ berlainan. "(Sebagai contoh) Kalau orang Kota Baharu hendak jual kenderaan kepada orang Kuala Lumpur, dia boleh menurunkan cap jari di JPJ Kota Baharu dan orang Kuala Lumpur menurunkan cap jari di JPJ Kuala Lumpur," katanya.

Bagaimanapun, Ismail berkata untuk urusan jual beli kenderaan kali kedua, individu yang pernah berbuat demikian tidak perlu lagi menurunkan cap jari dan mereka boleh terus membuat urusniaga secara dalam talian atau online kerana JPJ telah mempunyai rekod individu berkenaan.

Katanya sebahagian urusniaga adalah percuma, manakala yang lainnya dikenakan caj perkhidmatan.

Dalam pada itu, Ismail berkata JPJ akan memperkenalkan program MyLesen dengan kerjasama institut memandu pada awal tahun depan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan lesen memandu selain untuk membanteras kegiatan "lesen terbang" atau lesen palsu.

Katanya kini dianggarkan lebih tiga juta pengguna jalan raya tidak mempunyai lesen memandu dan hasil sekatan jalan raya yang dibuat oleh JPJ juga mendapati tiga daripada 10 penunggang motosikal yang ditahan tidak mempunyai lesen.

Di bawah program MyLesen, yuran bagi mendapatkan lesen motosikal adalah lebih murah iaitu maksimum RM191 berbanding RM261 sekarang, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan