Mohd Azam Pertaruh Pengalaman Urus Tadika

Diterbitkan: Sabtu, 2 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat mempertaruhkan pengalamannya dalam bidang pendidikan dan pengurusan pentadbiran untuk dijadikan pertimbangan kepada pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Katanya lagi, berdasarkan pengalaman menguruskan kira-kira 10,000 pelajar dan 600 guru di sebelum ini di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Mohd Azam yakin beliau layak untuk memimpin penduduk Sungai Limau sekiranya diberi peluang untuk menjadi wakil rakyat di DUN Kedah.

"Berdasarkan pengalaman sebagai pentadbir dan pengurus Pasti kepada lebih 10,000 pelajar dan 600 orang guru, insyaAllah kemampuan serta pengalaman yang diberikan itu akan digunakan dan diusahakan untuk memberi sumbangan kepada msyarakat di Sungai Limau," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah perdana di Simpang Tiga Sungai Limau Dalam di sini.

Selain itu Mohd Azam juga menggunakan rekod keluarganya yang dikatakan berpengaruh dan dikenali penduduk setempat sebagai strategi kempen.

"Saya seorang guru yang dipilih untuk mewakili PAS, keluarga saya juga keluarga guru.

"Datuk dan moyang saya adalah alim ulama yang turun untuk mendidik masyarakat. Darah yang mengalir dalam diri saya adalah darah untuk memperjuangkan hasrat sebagai seorang guru," katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PAS, Mohd Azam dan calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang juga bekas pensyarah kanan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan