MCA Minta Dua Kerusi Exco Kedah - Dr Chua

Diterbitkan: Sabtu, 2 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Chua Soi Lek (kanan) menemui pengundi kaum Cina di Sungai Limau Dalam, Yan Kedah pada Jumaat.
Chua Soi Lek (kanan) menemui pengundi kaum Cina di Sungai Limau Dalam, Yan Kedah pada Jumaat.

YAN: MCA akan melobi untuk mendapatkan dua kerusi tambahan Exco Kerajaan Negeri Kedah, bagi memenuhi kuota yang diperuntukkan kepada parti itu.

Pada ketika ini, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir hanya melantik lapan daripada 10 Exco, dengan dua lagi secara tradisinya diberikan masing-masing kepada MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata beliau akan menggunakan peluang yang ada untuk memenuhi kuota kerusi exco berkenaan.

"Bagaimanapun ia tidak bermaksud kita akan dapat (kerusi exco).

"Saya fikir Gerakan akan faham kerana mereka tidak mempunyai seorang wakil rakyat pun di Kedah," katanya kepada pemberita di bilik gerakan MCA di Sungai Limau Dalam pada Jumaat.

Dr Chua berkata beliau akan berbincang dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai isu berkenaan sebaik sahaja pilihan raya kecil Sungai Limau berakhir.

Sebelum ini, Mukhriz dilaporkan akan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gurun, Dr Leong Yong Kong sebagai Ahli Majlis. Sementara seorang lagi Adun MCA di Kedaah ialah Chua Thiong Gee, wakil Kulim.

Dr Chua menegaskan pilihan raya kecil 4 November ini merupakan peluang terbaik untuk masyarakat Cina menunjukkan mereka kembali menyokong BN dan tidak lagi terkeliru dengan dakyah pembangkang.

"Pada pilihan raya umum Mei lalu, pembangkang cuba menukar kepimpinan kerajaan Pusat dan kini kita mempunyai dua sistem, apa yang kita ada ialah dua sistem bersifat perkauman.

"Orang Melayu dengan kerajaan dan orang Cina dilihat bersama pembangkang.

"Ini tidak bagus bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia," katanya.

Ditanya apa akan berlaku sekiranya sokongan orang Cina tidak berubah seperti yang diharapkan, Dr Chua berkata ia akan jadi 'sangat mengecewakan'.

"Pengundi punya pilihan untuk memilih namun mereka perlu sedar bahawa teman DAP ialah PAS.

"PAS tidak akan memfokuskan kepada pembangunan sebaliknya pelaksanaan hukum Islam," katanya.

Mengenai kritikan pemimpin pembangkang berhubung pengumuman peruntukan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada sekolah Cina di sini, Dr Chua menegur sikap pembangkang yang sering mengkritik sepanjang masa.

"Sekiranya beliau di sini dan tidak memberikan peruntukan kepada masyarakat Cina, mereka akan mengadu orang Cina diketepikan.

"Sekarang beliau memberikan peruntukan, mereka dakwa BN cuba membeli undi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan