'Rekod Saya Positif, Tiada Penipuan Dalam PRU' - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Najib Tun Razak
Najib Tun Razak

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan wujudnya penipuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Mei lalu dengan berkata, dakwaan Barisan Nasional (BN) membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia untuk mengundi adalah tidak benar.

"Secara keseluruhannya dakwaan itu tidak berasas sama sekali.

"Sebagai contoh, mereka mendakwa kami membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi pada pilihan raya umum yang lalu. Dan sejak PRU-13 mereka tidak boleh menyediakan bukti mengenainya," katanya dalam satu temubual bersama Christiane Amanpour dari CNN pada Jumaat.

Najib menegaskan beliau mempunyai rekod positif dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), iaitu penahanan tanpa bicara.

Katanya, beliau cuba untuk mencapai matlamat jangka panjangnya dan wawasan untuk negara tetapi dalam mencapai kestabilan, 'majoriti rakyat tidak harus dipinggirkan'.

"Kami memenuhinya juga, dengan cara yang sangat inklusif, bagi minoriti kecil. Kami tidak rasis sama sekali," katanya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan