Penyebaran Maklumat GST Yang Tepat & Terperinci Mulai November

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Maklumat tepat dan penjelasan terperinci mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan disebarkan kepada rakyat secara besar-besaran mulai bulan ini, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Siregar Abdullah.

Beliau berkata selain memberi pengenalan kepada sistem percukaian GST, pegawai kementerian akan turun padang untuk memberi penerangan kepada rakyat supaya salah faham mengenai GST dapat ditangani.

"Kita telah pun memberi penerangan kepada ahli akademik, usahawan dan peniaga. Sekarang kita ada 17 bulan untuk menerangkan kepada orang awam dengan lebih agresif," katanya.

Beliau berkata banyak maklumat tidak betul dan mengelirukan mengenai GST yang disebarkan oleh pembangkang dan pihak lain yang tidak bertanggungjawab.

"Contohnya, ada yang kata GST ialah cukai tambahan kepada cukai sedia ada. Pada hal ia untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada yang akan dimansuhkan," katanya.

Selain penyebaran maklumat dan penjelasan isu melalui media massa dan media sosial, wakil rakyat dan ketua masyarakat juga ditugaskan untuk memberi maklumat mengenai GST dengan cara yang mudah difahami dan praktikal.

"Kita juga sudah sediakan laman web, e-mel dan 'hotline' untuk mereka yang mahu mendapatkan maklumat mengenai GST," katanya.

Mohd Irwan berkata GST yang bakal dikuatkuasakan pada 1 April 2015, tidak akan membebankan rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah.

"Rakyat tidak perlu bimbang. Kerajaan telah membuat perancangan yang teliti dan menyeluruh sebelum melaksanakan GST bagi memastikan ia tidak membebankan rakyat," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Malaysia akan melaksanakan sistem GST mulai 1 April 2015 ketika membentangkan Bajet 2014.

Menurut Perdana Menteri GST tidak akan dikenakan ke atas beberapa barangan makanan asas yang menjadi keperluan harian rakyat.

Seiring dengan pelaksanaannya, kerajaan turut mengumumkan pengurangan beberapa jenis cukai bagi menstabilkan pasaran. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan