PAS Sasar Menang Majoriti Mudah 500 Undi

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar

YAN: Keyakinan PAS untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau dilihat goyah apabila parti itu hanya meletakkan sasaran untuk menang sekurang-kurang majoriti mudah sebanyak 500 undi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, sasaran angka majoriti mudah tersebut adalah realistik kerana calonnya, Mohd Azam Abdul Samat merupakan calon baru yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya.

"Insya-Allah kita yakin dapat majoriti lantai ialah tidak kurang daripada 500 undi. Majoriti lantai ini selari dengan yang diperolehi Allahyarham ustaz Azizan ketika pertama kali bertanding di DUN ini pada 1995.

"Angka ini munasabah kerana pada waktu itu arwah kali pertama bertanding. Ustaz Azam juga kali pertama bertanding, jadi situasinya sama," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Bagaimanapun menurut Mahfuz parti itu berusaha untuk mempertahankan kerusi DUN Sungai Limau dengan majoriti yang lebih selesa.

"Kami bekerja untuk mendapatkan majoriti yang sebaik mungkin, ini hanya sasaran majoriti lantai," katanya.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

Azizan menang kali pertama pada 1995 yang ketika itu dikenali sebagai DUN Sala dengan majoriti kecil iaitu hanya 196 undi.

Pencapaian Azizan yang berjaya mempertahankan kerusi tersebut selama lima penggal dilihat turun naik apabila memperoleh kemenangan dengan majoriti 2,621 undi pada 1999, 1,080 undi (2004) dan 3,212 (2008).

Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan