Najib Berlepas Pulang Selepas Hadiri WIEF 2013

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas pulang selepas menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) kesembilan di sini.

Mereka diiringi ke Lapangan Terbang Luton oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong dan isteri Datin Seri Hazizah Ahmad.

Pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dan isteri berlepas dari lapangan terbang itu pada 9.24 malam (waktu London) pada Khamis.

Perdana Menteri dijadual tiba di Kuala Lumpur pada malam Jumaat.

Najib yang juga penaung Yayasan WIEF, berada di sini untuk lawatan kerja dari 27 Oktober hingga 31 Oktober.

WIEF, berlangsung pertama kali di luar negara Islam dan bertemakan 'Mengubah Dunia, Hubungan Baharu' menyaksikan kehadiran 18 ketua negara dan kerajaan serta timbalan ketua kerajaan, 50 menteri dan 2,7700 perwakilan dari 128 negara, perhimpunan terbesar dalam sejarah WIEF. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan