Larangan Penggunaan Kalimah Allah Penting Untuk Kestabilan - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan keputusan mahkamah yang melarang akhbar gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan kerana ia bagi memastikan kestabilan di dalam negara.

Bulan lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan akhbar mingguan gereja Katolik, The Herald tidak dibenar daripada menggunakan perkataan khalimah Allah dalam edisi bahasa Melayu kerana ia boleh menyebabkan kekeliruan di dalam masyarakat.

“Kita mesti memahami ada perkara sensitiviti di Malaysia, namun apa yang penting ialah keselamatan awam dan keharmonian Negara," katanya kepada Reuters Insider dalam satu temubual di sini.

Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober lalu yang membenarkan rayuan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia berhubung penggunaan kalimah Allah dalam teks bahasa Melayu, The Herald - The Catholic Weekly.

Najib diminta menjelaskan kekeliruan berhubung perintah mahkamah berkenaan dan berkata perintah itu hanya membabitkan akhbar mingguan berkenaan sahaja.

“Perintah mahkamah itu hanya membabitkan akhbar The Herald, yang mempunyai edaran yang besar, dan ia tidak membabitkan keadaan di Sabah dan Sarawak," katanya.

Najib berkata, beliau juga tidak menjangkakan keputusan mahkamah itu akan memberi sentimen kepada pelabur kerana kerajaan sentiasa berusaha memperkukuhkan hubungan antara pelabur asing dengan domestik.

Beliau juga memberi jaminan akan memantau keadaan bagi memastikan tiada pelanggaran dalam hak asasi manusia di negara ini. - REUTERS

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan