Keramahan, Kunci Jentera Umno Melaka Tawan Pengundi Sungai Limau

Diterbitkan: Jumaat, 1 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Orang Melaka terkenal dengan sikap ramah dan mudah mesra apabila bertemu dengan sesiapa, dan untuk itu, apabila Umno Melaka ditugaskan 'menjaga' kawasan angkat di Batu 17, Titi Batu, mereka mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat, walaupun pihak lawan.

Setiausaha Majlis Veteran Umno Bahagian Bukit Katil, Melaka, Osman Paiman berkata walaupun kawasan Batu 17 merupakan antara kubu kuat PAS, namun keramahan dan kemesraan jentera Barisan Nasional (BN) dari Bandaraya Bersejarah itu mampu memikat pengundi kawasan itu.

"Kita susun beberapa program yang bolehkan kita jumpa pengundi secara 'man to man'. Semua kawasan, BN, hitam atau kelabu kita masuk. Masyarakat di sini sebenarnya bersifat terbuka. Adalah yang 'hardcore' dan tak mahu jumpa kita. Tapi tak perlu takut untuk dekati mereka," katanya.

Beliau berkata terdapat sebanyak 517 pemilih berdaftar di kawasan Batu 17 termasuk 184 pengundi Cina dan majoriti daripada mereka menunjukkan kesediaan untuk memberi peluang kepada BN dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau Isnin ini.

Osman, yang juga Setiausaha Majlis Veteran Umno Bahagian Bukit Katil berkata mana-mana pihak yang mahu mendekati masyarakat di Sungai Limau sebenarnya tidak perlu terpengaruh dengan mitos kononnya kubu kuat PAS tidak boleh ditembusi.

"Kita beri salam dan mereka benarkan kita masuk ke rumah. Selepas dua, tiga kali kita berjumpa mereka, nampak perubahan," katanya yang positif BN akan memperoleh keputusan memberangsangkan pada pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Anggota Jawatankuasa Umno Cawangan Batu 17, Habsah Ismail berkata keramahan anggota jentera Umno Melaka turut memberi keyakinan kepada jentera tempatan mendekati pengundi.

"Bila Melaka bantu, boleh nampak perubahan masyarakat," katanya.

Beliau juga yakin perubahan dapat dilihat pada pilihan raya kecil itu yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan calon PAS Mohd Azam Abdul Samat.

Keterbukaan masyarakat setempat juga dapat dilihat semasa lawatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Bukit Choras di sini yang juga kubu kuat PAS Selasa lepas.

Disambut dengan senyuman mesra, penduduk juga kelihatan teruja melihat pemimpin negara mengunjungi kawasan mereka sekali gus menolak tanggapan bahawa penyokong PAS di Sungai Limau tidak boleh didekati. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan