Tiada Premis Guna Minyak Masak Terpakai - KP Kesihatan

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan pada Khamis mengesahkan tiada premis yang didapati membungkus minyak masak terpakai dan tiada premis makanan menggunakan bahan tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata siasatan di 149 premis pembungkusan mendapati tiada bukti menunjukkan premis berkenaan memproses atau membungkus minyak masak terpakai.

"Selain itu, pemeriksaan ke atas 305 premis makanan juga telah mendapati semua premis menggunakan minyak masak yang mempunyai label," menurutnya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Noor Hisham menegaskan aktiviti pengimportan, pengilangan dan penjualan minyak masak terpakai yang diproses semula adalah tidak dibenarkan mengikut Akta Makanan 1983.

Beliau berkata tindakan akan diambil di bawah Sekyen 13 akta tersebut terhadap mana-mana pihak yang berbuat demikian kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.

"Jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tempoh 10 tahun atau kedua-duanya," menurut kenyataan itu.

Noor Hisham berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar tempatan mengenai terdapatnya minyak masak terpakai yang diproses semula untuk tujuan penjualan.

Sehubungan itu, beliau meminta mereka yang mempunyai maklumat agar menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau terus menghubungi talian 03-88833558 atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualaiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan