Semua Pengawal Keselamatan Diperiksa Termasuk Lesen Senjata Api

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan semakan ke atas semua pengawal keselamatan dan memeriksa lesen senjata api mereka sebagai langkah jangka pendek untuk membendung pemalsuan identiti.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pemeriksaan itu akan dilakukan segera.

Beliau berkata PDRM juga telah merangka pelan jangka panjang dalam meluluskan pemberian lesen senjata api kepada pengawal keselamatan termasuk mengetatkan beberapa syarat untuk memperbaharui lesen.

"Kami akan ambil bermacam-macam lagi langkah sebelum mengeluarkan lesen senjata api kepada pengawal keselamatan. Kami akan teliti dan perketatkan setiap syarat untuk elak kejadian sama berulang (pengawal keselamatan menembak mati pegawai bank minggu lepas)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa melawat seorang anggota polis di Hospital Kuala Lumpur yang ditimpa kemalangan ketika mengejar penjenayah malam Rabu.

Khalid menyarankan kepada syarikat mahupun pemilik premis yang menjalankan operasi berisiko agar mengambil khidmat polis bantuan bagi mengawal keselamatan premis mereka.

"Saya tawarkan kepada mana-mana syarikat dan premis yang besar agar mendapatkan khidmat polis bantuan. Sebelum ini banyak syarikat yang telah mengambil khidmat polis bantuan," katanya.

Beliau turut menasihati syarikat keselamatan yang ingin mengambil pengawal keselamatan bekerja agar menyemak latar belakang mereka dengan teliti termasuk rekod jenayah dan dokumen peribadi bagi mengelak tiada individu yang diragui identiti mereka diambil bekerja.

Mengulas mengenai usaha polis untuk menangkap suspek utama kes rompak dan bunuh pegawai Ambank itu, Khalid berkata pihaknya telah meminta bantuan Interpol bagi mengesan suspek.

Katanya PDRM telah menyerahkan butir peribadi suspek kepada Interpol bagi memudahkan usaha mengesan suspek sekiranya suspek telah meninggalkan negara ini.

Dalam kejadian di USJ Sentral, Subang Jaya pada pukul 6.20 petang 23 Oktober, lepas Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak di kepala dari jarak dekat oleh pengawal keselamatan tempat beliau bekerja.

Khalid juga berkata polis sedang menjalankan gerakan memburu dalang utama kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi yang dipercayai bersembunyi di negara China.

"Hasil maklumat risikan, kami percaya suspek bersembunyi di China dan PDRM telah meminta bantuan Interpol bagi mengesan suspek," katanya.

Hussain, 75, maut manakala seorang wanita yang bersamanya cedera akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta berhampiran Tokong Kuan Yin di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai.

Ekoran kejadian itu pada 22 September lepas, suspek utama kes itu ditahan bersama-sama dua rakannya dalam serbuan 12.30 tengah malam di sebuah rumah di Taiping, Perak dan pada 3 Oktober lepas dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan