Puluhan Wanita Warga Asing Dipaksa Melayan Tujuh Lelaki Setiap Hari

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Polis menyelematkan wanita warga asing daripada menjadi pekerja seks di rumah urut.
Polis menyelematkan wanita warga asing daripada menjadi pekerja seks di rumah urut.

KLANG: Mereka meninggalkan rumah mereka dengan impian untuk keluar daripada kepompong kemiskinan demi mencari sebuah kehidupan yang lebih baik.

Namun realitinya ia adalah igaun ngeri dalam kehidupan kebanyakan wanita warga asing yang akhirnya terperangkap dalam sindiket pelacuran yang beroperasi di beberapa hotel dan spa di ibu negara .

Mereka dipaksa melayan hingga tujuh orang lelaki dan hidup dalam keadaan tertekan, kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan.

"Wanita ini dikunci dalam bilik hotel.

"Kira-kira 20 orang wanita dikunci dalam sebuah bilik yang sesuai untuk diduduki oleh dua orang," Abdul Jalil.

Dalam bilik tersebut, wanita ini tidur berhimpit-himpit di atas tiga tilam yang dicantumkan, dengan meja kecil yang diletakkan makanan serta minuman.

Patung beruang dan bantal gebu membuai lena mereka sebelum mereka bangun untuk memulakan kerja di rumah urut.

Kaunter hadapan spa berkenaan turut memaparkan aksi gambar seksi wanita berkenaan.

Polis turut menemui bilik yang dilengkapi dengan tilam angin untuk 'mengurut'.

Wanita berkenaan bakal dijadikan pekerja seks selama setahun bagi membayar sindiket pemerdagangan orang yang membawa mereka masuk ke negara ini.

Wanita warga asing ini diselamatkan oleh Unit Pemerdagangan Orang Bukit Aman yang menyerbu tiga premis secara serentak pada tengah malam Rabu.

Seramai 54 wanita, termasuk 42 warga Indonesiam lapan Vietnam, tiga India dan seorang warga China ditahan.

Mereka berusia antara 20 hingga 36 tahun.

Abdul Jalil berkata sebahagian daripada mereka telah berada di negara ini selama empat bulan dan yang lain baru tiba selama seminggu.

Beliau berkata beberapa wanita yang disoal siasat oleh pihaknya setakat ini berkata mereka telah dieksploitasi secara seksual.

Abdul Jalil turut mengkritik pihak berkuasa tempatan yang mengeluarkan lesen kepada premis berkenaan tanpa menyiasat apakah perniagaan sebenar yang dijalankan oleh mereka.

Beliau menambah bahawa pengubahsuaian turut dibuat di dalam premis bagi menyembunyikan aktiviti yang tidak bermoral berkenaan dan ia juga tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan