Penerimaan Jenama WIEF Peringkat Global Penganjuran Paling Berjaya - PM

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Penerimaan memberangsangkan terhadap jenama Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) di peringkat global, telah menjurus kepada penganjuran WIEF paling berjaya setakat ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menyifatkan penganjuran edisi kesembilan sebagai paling berjaya, Perdana Menteri berkata beliau yakin dan percaya masa depan WIEF, sebagai satu forum, sangat cerah dan menggalakkan.

"Dengan penyertaan yang begini besar dan peringkat tertinggi, imej WIEF telah meningkat setahap lagi dan melakar kejayaan yang boleh dianggap sebagai satu brand (jenama) yang unggul pada masa ini," katanya kepada pemberita Malaysia menjelang hari terakhir WIEF pada Khamis.

Najib yang juga penaung Yayasan WIEF, berkata WIEF mencatat kejayaan luar jangkaan dengan kehadiran 18 ketua-ketua negara dan kerajaan atau timbalan ketua kerajaan, 50 menteri selain 2,700 anggota delegasi dari 128 negara.

Perdana Menteri berkata kejayaan penganjuran kali ini bukan disebabkan ia diadakan di negara bukan Islam buat kali pertama, tetapi oleh pelbagai faktor.

"Kombinasi WIEF itu sebagai satu pentas dan satu forum yang sudah terkenal, selain London sebagai pusat kewangan dunia, turut mempunyai tarikan tersendiri. Jadi, sebab itulah kita lihat ia berjaya," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau bagaimanapun berkata penganjuran WIEF edisi ke-10 di Dubai pasti akan menampilkan tarikan sendiri memandangkan Dubai juga sebuah pusat perdagangan dan kewangan antarabangsa.

Najib berkata penubuhan asal WIEF sebagai satu forum untuk memupuk kerjasama dalam bidang ekonomi, bisnes, perdagangan dan pelaburan sesama Islam dan negara bukan negara Islam, dapat diterima dengan baik.

Mengambil contoh pengumuman Perdana Menteri United Kingdom David Cameron mengenai penerbitan pertama sukuk kerajaan UK bernilai 200 juta pound sterling, Najib berkata ia melambangkan penerimaan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dan prinsip Islam, diterima sebagai sesuatu yang boleh memberi kebaikan, bukan sahaja kepada dunia Islam, bahkan bukan Islam.

"Saya melihat bahawa dengan penyertaan dalam WIEF ini, perbankan dan kewangan Islam dan model Islam, yang menekankan kepada keadilan sosial, semakin mendapat penerimaan dunia," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata sebanyak 10 perjanjian dan memorandum persefahaman (MoU) bernilai US$705 juta (kira-kira RM2.226 bilion), ditandatangani.

Najib berkata menerusi perjanjian dan MoU itu, ia telah menampakkan bahawa impak badan-badan korporat Malaysia, termasuk syarikat berkaitan kerajaan dan swasta, semakin meluas dan pemilikan harta mereka juga bertambah.

Perdana Menteri yang tiba di sini pada 27 Okt lepas untuk menghadiri WIEF ke-9, dijangka berlepas pulang ke Kuala Lumpur petang ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan