MP Sepang Mohon Maaf Dakwa PM Anti-Cina

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mohamed Hanipa Maidin
Mohamed Hanipa Maidin

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin pada Khamis memohon maaf atas kenyataannya mengaitkan Perdana Menteri sebagai anti kaum Cina, menyebabkan beliau terlepas daripada dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Tindakan itu dibuat selepas Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) mengemukakan usul untuk merujuk anggota Parlimen PAS itu kerana mengeluarkan sangkaan jahat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan anggota Parlimen Pekan.

Pada 23 Oktober lepas, ketika mencelah perbahasan Datuk Seri Noh Omar (BN-Tanjong Karang), anggota Parlimen pembangkang itu mendakwa Najib seorang yang rasis ekoran ucapannya semasa Operasi Lalang 1987, yang berbunyi 'Marilah kita titiskan darah Cina dengan keris'.

Menjelaskan perkara itu, Mohamed Hanipa berkata beliau merujuk kepada Wikipedia berhubung perkara yang mengaitkan Perdana Menteri yang dikatakan konon ingin membasahkan keris dan tidak ada sebarang penafian dibuat lantas menganggap kenyataan itu adalah betul.

"Saya akui apa yang tertulis dalam hansard. Kalau didapati tidak benar (kenyataan dalam Wikipedia), saya bersedia tarik balik dan bersedia minta maaf. "Saya mengharapkan oleh Wikipedia itu juga, Pekan kata tidak betul, sila buat laporan dan ambil tindakan kepada Wikipedia supaya nama Perdana Menteri kita boleh dibersihkan," katanya selepas sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Berpuas hati dengan penjelasan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menerima permohonan maaf daripada Mohamed Hanipa dan menganggap perkara yang dirujuk itu selesai.

"Dalam soal ini kalau Yang Berhormat (Sepang) pertikaikan apa yang tertulis dalam hansard, saya terpaksa buat keputusan lain untuk penyiasatan lanjut tapi dalam hal ini tidak perlu siasatan lanjut kerana yang berlaku dalam dewan semua dalam hansard. "Cumanya fikir baik-baik tarik balik apa yang tertulis atau tidak. Kalau tarik balik isu 'settle' (selesai). Kalau tidak tarik balik, saya ada dua pilihan sama ada prima facie, ada kes untuk dirujuk di bawah Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atau saya sendiri boleh buat 'ruling' (keputusan) di bawah 36(6) (Peraturan Mesyuarat)," katanya.

Sementara itu, Pandikar Amin mengingatkan semua anggota Parlimen supaya bertanggungjawab apabila mengambil bahagian dalam perbahasan dan berhujah serta berhati-hati dengan perkataan yang dizahirkan di dalam Dewan Rakyat. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan