Mara Sahkan 4 Pelajar Yang Pukul Rakan Mereka Akan Ditukar Ke Sekolah Lain

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Empat pelajar Tingkat 4 Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang didapati bersalah memukul seorang rakan mereka kerana mengadu kepada pihak sekolah yang mereka menghisap rokok akan ditukarkan ke MRSM yang lain.

Timbalan Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat Mara, Ahmad Sabri Kassim berkata dalam satu kenyataan pada Rabu, kesemua empat orang pelajar yang memukul rakan kelas mereka itu telah didapati bersalah dan mengaku melakukan perbuatan tersebut.

Kejadian pukul itu dikatakan berlaku dua kali - pertama pada jam 11.30 malam Sabtu dan selepas itu sekali lagi pada jam 2.30 pagi Ahad.

Ekoran daripada kejadian itu, pihak polis telah menyoal siasat lapan orang murid sebelum melepaskan mereka atas jaminan polis.

Ahmad Sabri dalam kenyataannya itu menegaskan yang pihak Mara memandang serius kejadian bulit tersebut.

“Kejadian ini sangat-sangat dikesali dan Mara akan mengambil tindakan-tindakan tegas supaya insiden seperti ini tidak akan berulang lagi,” katanya.

Mangsa buli berusia 16 tahun itu memberitahu, sekurang-kurangnya 20 orang murid telah bersubahat menarik dia keluar dari atas katil ke belakang asrama mereka di mana dia kemudiannya dipukul.

Dalam serangan yang kedua, katanya, lima orang murid telah datang ke katilnya lalu menumbuknya manakala seorang lagi memegang sekeping kaca dan mengugut untuk mencederakannya.

Mereka kemudian menolak kepalanya ke dinding.

Bapa pelajar itu, Anuar Abu Kassim, 50, kemudiannya telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan