Lebih 98,000 Warga Asing Diberi Pas Lawatan IMM13 SEjak 1999

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 98,427 pemegang dokumen IMM13 dilaporkan berdaftar di negara ini sejak pemberian dokumen itu diperkenalkan pada tahun 1999.

(Pas IMM 13 merupakan suatu pas lawatan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Malaysia mengikut peruntukan Peraturan 11 Peraturan-peraturan Imigresen 1963).

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata daripada jumlah itu, bilangan yang masih aktif adalah sebanyak 60,248 orang.

"Pemberian dokumen itu dibuat atas dasar perikemanusiaan yang bertujuan membolehkan pemegang dokumen itu bergerak, tinggal, belajar dan bekerja di Sabah. "Ia juga dibuat sebagai satu daripada langkah penyelesaian masalah pendatang asing di Sabah," katanya ketika menjawab soalan Datuk Madius Tangau (BN-Tuaran) yang ingin tahu berapakah pemegang dokumen IMM13 di negara ini dan apakah masa depan pemegang dokumen itu.

Wan Junaidi menjelaskan, sehingga kini pemegang dokumen IMM13 hanya perlu memperbaharui dokumen itu setiap tahun, bagi memastikan mereka dapat terus tinggal dengan kemudahan yang disediakan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan