JPJ Guna Sistem Baharu 'mySIKAP' Mulai Esok

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menggunakan sistem komputer baharu mySIKAP di semua pejabat JPJ di seluruh negara mulai Jumaat.

Ketua Pengarahnya Datuk Ismail Ahmad bekata sebagai langkah awal, JPJ negeri telah menampal notis pemberitahuan dan membuat hebahan dari semasa ke semasa kepada pelanggannya, termasuk melalui portal, facebook dan twitter jabatan mengenai perkara itu.

"JPJ juga membuka bilik gerakan di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya mulai hari ini untuk memantau isu-isu teknikal atau gangguan sistem semasa pelaksanaan penggunaan sistem baharu ini," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu beliau berharap pelanggan yang berurusan di semua pejabat JPJ dapat bersabar sekiranya berlaku sebarang gangguan urusniaga ketika pelaksanaan penggunaan sistem baharu ini di semua pejabat JPJ seluruh negara mulai Jumaat.

Penggunaan sistem mySIKAP adalah hasil yang diperoleh daripada perintis pelaksanaan sistem komputer mySIKAP secara menyeluruh di JPJ Melaka dan Perlis pada 21 Oktober hingga 28 Oktober lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan