Jawatan Menteri Pengangkutan Bakal Diputuskan Selepas AGM MCA

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat 'kolum' semasa hadir pada sambutan Hari Deepavali anjuran Malaysian Link UK pada Khamis. Turut kelihatan, Pengerusi Malaysian Link UK, SK Linggam (tiga,kiri). - foto BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melihat 'kolum' semasa hadir pada sambutan Hari Deepavali anjuran Malaysian Link UK pada Khamis. Turut kelihatan, Pengerusi Malaysian Link UK, SK Linggam (tiga,kiri). - foto BERNAMA

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hanya akan membuat keputusan mengenai jawatan menteri pengangkutan yang belum diisi selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) MCA Disember ini.

"Apapun kita tunggu AGM mereka dahulu. Apakah keputusan muktamad yang akan dibuat pada mesyuarat agung tahunan MCA yang akan berlangsung pada bulan Disember. Setelah itu saya akan buat keputusan," kata beliau kepada pemberita Malaysia di sini.

Perdana menteri berada di sini sempena lawatan kerja lima hari bermula 27 Oktober untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia Kesembilan yang akan berakhir hari ini.

Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional, diminta mengulas keputusan MCA baru-baru ini yang kekal tidak mahu menerima apa-apa jawatan kabinet berikutan kekalahan teruk parti dalam pilihan raya umum ke-13 lepas.

Pada 20 Okobert lalu, Mesyuarat Khas MCA telah memutuskan ketetapan itu kekal.

Bagaimanapun parti komponen itu meluluskan usul supaya parti menerima jawatan Senator dan sebarang jawatan dalam kerajaan pusat dan negeri, termasuk Exco.

Buat masa ini jawatan menteri pengangkutan dipangku oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan