Jamil Khir Nafi Jentera BN Sungai Limau Hadapi Masalah - Berita Semasa | mStar

Jamil Khir Nafi Jentera BN Sungai Limau Hadapi Masalah

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menolak dakwaan kononnya jentera parti itu berhadapan masalah dalaman khususnya ketika Barisan Nasional (BN) menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.

Tegas Jamil Khir, Umno Jerai tidak berhadapan dengan masalah kepimpinan walaupun berlakunya perubahan kepimpinan selepas pertandingan merebut jawatan ketua bahagian itu pada 19 November lalu.

Katanya, situasi pemilihan Umno di bahagian Jerai sedikit berbeza kerana beliau dan penyandang jawatan ketika itu, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah tidak berkempen meraih undi di kalangan perwakilan.

"Sebenarnya begini, uniknya di Jerai ada pertandingan di peringkat ketua bahagian tetapi kedua-dua yang bertanding tidak berkempen. Ini uniknya, yang seorang (Jamil Khir sendiri) ke Makkah bertugas mengatur urusan haji dan balik pada malam hari pengundian. Saya memang tidak sempat berkempan.

"Seorang lagi (penyandang) Ketua Bahagian yang ada di sini, tak ke Makkah, duduk sini pun sibuk dengan menubuhkan jentera bagi menghadapi PRK, jadi kedua-dua tak sempat kempen," katanya kepada pemberita di Kompleks Pertubuhan Peladang Kawasan Seri Jerai G-IV, di sini, Khamis.

Pada pemilihan jawatan itu, Jamil Khir yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri mendapat 490 undi, menewaskan Mohd Suhaimi yang hanya meraih 270 undi.

Sebelum ini Mohd Suhaimi menafikan desas-desus wujudnya perpecahan di bahagian itu berikutan kekalahannya kepada Jamil Khir.

Beliau menegaskan tidak wujud sebarang pertelingkahan dengan Ahli Parlimen Jerai itu malah mereka bekerjasama baik dalam menggerakkan jentera kempen PRK DUN Sungai Limau.

Malah Mohd Suhaimi turut diberi kepercayaan oleh BN Pusat sebagai Timbalan Pengarah BN bagi PRK Dun Sungai Limau, membantu Datuk Mukhriz Mahathir, yang juga Pengerusi BN kedah dan Pengarah BN PRK Dun Sungai Limau.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan