Isu Kg Hakka: Beberapa Pemimpin DAP Ditahan

Diterbitkan: Khamis, 31 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Polis menahan beberapa pemimpin DAP, termasuk Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke kerana menghalang pihak pemaju daripada merobohkan rumah di Kampung Hakka di Mantin dekat sini pada Khamis.

Mereka ditahan kerana enggan mematuhi arahan pegawai polis yang meminta mereka bersurai dan tidak menghalang pekerja membawa jentera berat memasuki kawasan kampung berkenaan.

Pemimpin lain yang turut ditahan ialah Ahli Parlimen Rasah, Teo Kok Seong, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau Chew Seh Yong, Ng Chin Tsai (Temiang), P.Gunasekaren (Senawang), J. Arul Kumar (Nilai) termasuk beberapa orang penduduk kampung dan aktivis.

Mereka dibawa ke balai polis Mantin untuk direkodkan kenyataan.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi di sini menolak perintah penangguhan ekoran rayuan yang difailkan penduduk kampung agar tidak merobohkan rumah mereka.

Penduduk Kampung Hakka telah diarahkan untuk mengosongkan rumah mereka oleh mahkamah yang sama pada 26 Ogos, diberitahu Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad bahawa mahkamah tidak melihat ada sebab untuk menangguhkan arahan berkenaan.

Pertikaian antara penduduk kampung dan pihak pemaju bermula pada 2011 selepas mereka diarahkan mengosongkan kawasan berkenaan.

Difahamkan kira-kira 50 buah keluarga tinggal di kampung berkenaan selepas mereka menerima pampasan daripada pihak pemaju sementara 40 keluarga lagi memutuskan untuk terus tinggal di sana.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan