Sultan Selangor Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sultan Selangor, Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) berangkat tiba bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-233 bermula hari ini di Istana Negara, Kuala Lumpur, Rabu. Turut berangkat Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (kanan). -fotoBERNAMA
Sultan Selangor, Sultan Sultan Sharafuddin Idris Shah (kiri) berangkat tiba bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Yang Ke-233 bermula hari ini di Istana Negara, Kuala Lumpur, Rabu. Turut berangkat Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin (kanan). -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu kali ke-233 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat dua hari bermula hari ini dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah, Kelantan, Perak dan Pahang yang menghantar wakil masing-masing.

Pada mesyuarat itu Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala yang dipertua negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi ketua menteri.

Sementara itu, Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng hadir dengan diiringi Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis santapan bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-233 malam ini.

Seri Paduka juga dijadualkan berangkat ke mesyuarat majlis itu esok. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan