SPRM, KPK Indonesia Tubuh Pasukan Kerja

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Komisi Pemberantasan Rasuah (KPK), Indonesia akan menubuhkan pasukan kerja untuk mengkaji bidang-bidang keutamaan yang perlu diberi tumpuan untuk dibincangkan dalam mesyuarat dua hala yang akan datang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata pembentukan pasukan kerja itu adalah susulan daripada pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama lebih erat antara kedua-dua pihak.

"Dalam mesyuarat yang akan datang kita mesti bagi keutamaan yang mana paling penting.

"Jadi sebelum mesyuarat itu diadakan perbincangan mesyuarat peringkat kumpulan kerja akan diadakan untuk mendapatkan konsesi sama ada tajuk-tajuk dan perkara-perkara mana yang akan dibawa dalam mesyuarat dua hala yang akan diadakan setiap tahun," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Terdahulu SPRM yang diwakili Abu Kassim dan KPK oleh Pengerusinya Abraham Samad menandatangani MoU, disaksikan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah.

Abu Kassim berkata MoU itu adalah yang kelapan ditandatangani SPRM dengan Agensi Penguatkuasa Undang-undang Rasuah dunia.

Antara bidang kerjasama yang akan dilaksanakan termasuk pertukaran maklumat berhubung rasuah dan penyalahgunaan kuasa, perkongsian teknik penyiasatan berkesan, amalan terbaik dalam mengumpul maklumat serta penganjuran mesyuarat dan seminar berkaitan rasuah, katanya.

Beliau berkata sebelum itu dalam mesyuarat itu kedua-dua pihak turut membincangkan perbezaan undang-undang antara kedua-dua negara serta berkongsi pengalaman dan halangan masing-masing semasa menjalankan tugas.

"Antara yang amat mendapat perhatian saya apabika KPK menjelaskan di Indonesia, anggota Parlimen mesti melaporkan penerimaan hadiah mereka kepada KPK dan kalau tidak dilaporkan dalam tempoh 30 hari adalah satu kesalahan yang boleh membawa kepada hukuman," katanya.

Sementara itu, Abraham berkata kedua-dua pihak akan berkongsi pengalaman dan idea dalam pelbagai bidang, menjalani latihan serta menjalin kerjasama mengesan saksi-saksi kes siasatan dan pendakwaan melibatkan warga Indonesia.

"KPK juga ingin menggali pengalaman SPRM dalam menguruskan kakitangan yang begitu ramai, supaya kita juga dapat menambah lagi bilangan tenaga kerja yang ketika ini hanya kira-kira 700 orang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan