Peruntukan RM500,000 Penuhi Hasrat Nelayan Di Sungai Limau Baik Pulih Jeti

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) menyampaikan replika cek sebanyak RM80,300 kepada Pengerusi Persatuan Nelayan, Saidin Kassim (dua, kanan) pada majlis sarapan 1Malaysia di Kampung Nelayan Kuala Dulang Kecil, Sungai Limau di Yan, Rabu. -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kiri) menyampaikan replika cek sebanyak RM80,300 kepada Pengerusi Persatuan Nelayan, Saidin Kassim (dua, kanan) pada majlis sarapan 1Malaysia di Kampung Nelayan Kuala Dulang Kecil, Sungai Limau di Yan, Rabu. -fotoBERNAMA

YAN: Hasrat nelayan di Sungai Limau untuk membaik pulih jeti usang yang menelan belanja RM500,000 telah dipenuhi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau boleh memberikan kelulusan segera terhadap permintaan itu kerana beliau mempunyai kuasa untuk berbuat demikian memandangkan beliau berada dalam kerajaan yang memerintah.

Walau bagaimanapun, bagi hasrat mereka untuk mewujudkan pasaran yang nelayan bagi mengurangkan pergantungan kepada orang tengah, Muhyiddin berkata agensi-agensi berkaitan mungkin boleh membantu.

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Kedah telah memperuntukkan RM2.5 juta untuk membina tukun tiruan bagi membantu meningkatkan sumber perikanan di seluruh negeri.

"Kami boleh menyediakan semua ini kerana kita memegang kuasa pemerintahan," katanya pada majlis sarapan 1Malaysia dengan kelompok nelayan di Kuala Dulang, Rabu.

Beliau berkata adalah sukar bagi wakil rakyat dari pakatan bukan pemerintah untuk memenuhi keperluan penduduk tempatan kerana mereka tidak mempunyai akses kepada sumber-sumber yang diperlukan.

Muhyiddin menyeru pengundi Sungai Limau untuk menyokong calon Barisan Nasional Dr Ahmad Sohaimi Lazim.

"Tidak banyak yang boleh dilakukan PAS untuk membantu rakyat kerana mereka tidak ada kuasa sebagai pemerintah," katanya.

Sohaimi menghadapi saingan satu lawan satu dengan Mohd Azam Mat Samat (PAS) untuk merampas kerusi Sungai Limau yang kosong berikutan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Tarikh pengundian adalah pada 4 November.

Terdahulu Pengerusi Persatuan Nelayan Yan, Saidin Kassim menggesa pihak berkuasa membaiki jeti, menubuhkan pasar nelayan, mendalamkan muara dan memeriksa pencerobohan berterusan bot pukat tunda.

Muhyiddin akan menghadiri majlis makan tengah hari dengan para pengundi Cina tidak lama lagi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan