Najib Saksi Pemeteraian Perjanjian Bernilai RM2.26 Bilion Di WIEF

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Sebanyak tujuh memorandum persefahaman dan perjanjian bernilai AS$720 juta (kira-kira RM2.26 bilion) telah dimeterai di hari kedua Forum Ekonomi Islam Dunia ke-9 (WIEF).

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyaksikan majlis pertukaran dokumen terdiri daripada usaha sama, perjanjian pembelian pemajakan serta perkhidmatan penjagaan kesihatan.

BAE Systems PLC, satu daripada empat pesaing untuk Program Penggantian MIG-29N Malaysia, akan bekerjasama dengan NanoMalaysia Bhd dan ISIS Innovation Ltd untuk meninjau kemungkinan menubuhkan pusat prototaip teknologi dan pembangunan di Malaysia.

Perjanjian yang bernilai AS$21 juta (RM65 juta) itu, akan menyaksikan pihak-pihak terbabit ini bekerjasama mewujudkan rangka kerja untuk pusat berkenaan.

Sementara itu, Clixster Mobile, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) dan Hi-P International akan bekerjasama membangun, mengeluar dan memasarkan telefon pintar Android dengan kandungan dan aplikasi Islam.

Perjanjian itu, bernilai RM1 bilion, bertujuan menghasilkan produk Malaysia bagi memenuhi keperluan negara-negara dan komuniti Islam.

KFM Holdings Sdn Bhd, penyedia rumusan bagi persekitaran binaan, akan berganding bahu bersama-sama YDA Insaat Sanayi Ve Ticaret AS untuk memajukan tiga kemudahan penjagaan kesihatan canggih di Turki.

Projek itu yang merupakan kerjasama awam-swasta bernilai AS$250 juta, akan menyaksikan kedua-dua pihak membangunkan kemudahan penjagaan kesihatan untuk Kementerian Kesihatan iaitu Kampus Kesihatan Bersepadu Kayseri, Kampus Kesihatan Bersepadu Konyadan Hospital Pendidikan dan Penyelidikan Manisa.

Syarikat perladangan terbesar dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd pula akan bekerjasama dengan Cambridge Nanosystems Ltd dalam usahanya menjadi syarikat pertama dunia menghasilkan "nanotubes" karbon gred tinggi daripada sisa minyak sawit mentah.

Ini melibatkan cadangan pengambilalihan ekuiti dalam Cambridge Nanosystems Ltd bernilai RM85 juta.

Selain daripada itu, ACMS Trent Park Sdn Bhd memeterai perjanjian dengan Exim Bank Malaysia mengenai pembiayaan melibatkan AS$96 juta pelaburan untuk kawasan seluas 8.42 hektar dan melebihi 20 bangunan.

Pada Julai tahun ini, ACMS Trent Park mengambil alih Trent Park Campus di bahagian Utara London daripada Middlesex University, yang merupakan kampus luar pesisir pertama untuk Allianze University College of Medical Sciences. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan