Hujan Lebat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kelihatan kenderaan meredah laluan dekat stesen Monorel Hang Tuah, Kuala Lumpur yang ditenggelami air akibat hujan lebat, petang Rabu.
Kelihatan kenderaan meredah laluan dekat stesen Monorel Hang Tuah, Kuala Lumpur yang ditenggelami air akibat hujan lebat, petang Rabu.

PETALING JAYA: Hujan lebat, kenderaan rosak dan kemalangan menyebabkan kesesakan teruk di Lembah Klang dengan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan jalan alternatif atau menangguhkan perjalanan mereka.

Di Twitter, @LLMinfotraffic melaporkan banjir kilat berlaku di Lebuhraya Besraya antara KM8.7 dan 9 (Sungai Besi menuju Kampung Malaysia) menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang lebuh raya itu.

@Plushotline turut melaporkan keadaan lalu lintas di Kuala Lumpur mengalami kesesakan luar biasa.

Beberapa laluan yang turut terjejas adalah Damansara menuju Dataran Prima, Jalan Duta menuju Bukit Lanjan, Bukit Jalil menuju MRR2, Puchong IOI Mall menuju Kelana Jaya dan Damansara Utama dan Bandar Utama menuju SS2.

Turut dilaporkan beberapa laluan keluar dari ibu negara turut terjejas akibat kesesakan lalu lintas.

Sehingga pukul 8.35 malam, pengguna Twitter melaporkan bahawa beberapa laluan keluar dari Kuala Lumpur masih sesak.

Antara yang terjejas teruk adalah laluan dari Jalan Dato Abu Bakar ke NKVE (Lebuhraya Sprint), plaza tol LDP Sunway menuju Lebuhraya Persekutuan, Jalan Masjid menuju Motorola dan Bandar Utama ke Taman Tun Dr Ismail.

Keadaan trafik dari plaza tol PLUS Damansara menuju Dataran Prima mula lancar.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan