Britain Negara Barat Pertama Terbit Bon Islam Di Luar Negara-Negara Islam

Diterbitkan: Rabu, 30 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: ‎Britain akan menjadi negara Barat pertama di dunia menerbitkan bon Islam di luar negara-negara Islam, mencerminkan komitmen tingginya untuk menjadi satu daripada pusat kewangan Islam utama di dunia.

Ketika membuat pengumuman di Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-9 (WIEF) di sini, pada Selasa, Perdana Menteri Britain David Cameron berkata perbendaharaan ketika ini sedang mengkaji perkara-perkara praktikal untuk menerbitkan sukuk (bon Islam) bernilai sehingga 200 juta pound pada awal tahun depan.

"Kami menyasar menjadi pusat kewangan Islam terbaik di dunia Barat. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Dubai dan Kuala Lumpur kerana mereka adalah pusat kewangan Islam terbaik di dunia," katanya semasa ucapan khas di forum tersebut.

Penerbitan sukuk itu hanya sebahagian daripada beberapa inisiatif yang diumumkan Cameron ketika negara tersebut menimbang idea menjadi satu daripada pusat kewangan Barat terbesar yang menawarkan perkhidmatan dalam perbankan dan pembiayaan Islam di luar negara-negara Islam.

Pengumuman itu juga memberikan kelebihan kompetitif kepada Britain berbanding rakan-rakan Baratnya terutamanya memandangkan negara itu memiliki sektor perbankan Islam terbesar di luar Timur Tengah dan Asia.

Ia memiliki 22 bank patuh Syariah atau bank-bank dengan kaunter Islam, yang setakat ini telah mengumpulkan 22.3 bilion pound.

Cameron berkata di London juga terdapat 25 firma undang-undang yang menawarkan atau mengkhususkan dalam perkhidmatan kewangan Islam serta 16 universiti atau kajian perniagaan yang menawarkan Sarjana dalam Pentadbiran Perniagaan atau kursus mengenai kewangan Islam.

Beliau berkata London Stock Exchange juga akan melancarkan Indeks Syariah FTSE untuk menyediakan peluang bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk memanfaatkan dana dalam pasaran itu.

Bagi menggalakkan lebih ramai peserta industri yang mempunyai kepakaran dalam industri, Cameron berkata kerajaan Britain akan menawarkan 10 lagi Biasiswa Chevening yang mengkhususkan dalam kewangan Islam. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan