TPM Tidak Perkecil Azizan - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: PAS sengaja mempolitikkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan dengan penyakit kencing manis yang dialami bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kenyataan Muhyiddin itu diambil di luar konteks hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.

"Saya tak fikir (kenyataan menghina). Tiada niat untuk memperkecilkan arwah Menteri Besar. Topik yang diperkatakan ialah mengenai bajet dan beliau (Muhyiddin) turut menyentuh mengenai pengurangan subsidi gula.

"Itu adalah topik yang disebut. Saya sangat pasti bahawa beliau tidak menyebut apa-apa yang perlu diambil sebagai penghinaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Besar bersama warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, di sini, Isnin.

Mukhriz berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan anak kelima daripada isteri pertama Azizan, Muhammad Rafi'iy agar Muhyiddin menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada keluarganya.

Mengulas mengenai gesaan itu Mukhriz berkata: "Saya boleh jelaskan kepada anak Allahyarham ustaz Azizan apa sebenarnya yang diperkatakan oleh TPM," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan