Saya Tunai 'Amanat' Azizan Jaga Kuin - Mukhriz

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menolak dakwaan kononnya beliau enggan melaksanakan 'amanat' Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak supaya menguruskan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dengan baik.

Sebaliknya tegas beliau, apa yang dilakukan kerajaan negeri adalah bertepatan dengan mandat yang diberikan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu.

"Saya bukan jenis orang yang mungkir janji, tetapi nak tengok juga apa janji yang dibuat. Allahyarham ustaz Azizan minta saya jaga Kuin dan saya berjanji akan jaga Kuin...itulah yang akan saya buat.

"Saya tafsirkan apabila beliau sebut 'jaga Kuin' itu maksudnya jaga warga Kuin, tak semestinya bangunan Kuin secara fizikal kerana yang penting adalah warga Kuin," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Besar bersama warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, di sini, Isnin.

Isu membabitkan Kuin menjadi modal kempen PAS pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau apabila pimpinan parti itu cuba memainkan sentimen bahawa Mukhriz enggan meneruskan perjuangan Azizan menguruskan Kuin.

Menerusi ceramah PAS, mereka mendakwa bahawa kerajaan negeri akan menjual kampus baharu Kuin di Kuala Ketil selepas perpindahan pelajar Kuliyyah Muamalat ke kampus asal Kuin di Mergong.

Alasan kerajaan negeri ialah timbul persoalan mengenai kewajaran kewujudan kampus Kuin Kuala Ketil apabila perlu membelanjakan antara RM46 juta hingga RM52 juta setiap tahun hanya untuk mengendalikan operasinya.

Mengulas lanjut Mukhriz bagaimanapun berkata, kerajaan BN Kedah pimpinannya kini mempunyai kuasa untuk menentukan hala tuju pentadbiran kerajaan negeri demi kepentingan rakyat secara keseluruhannya.

Katanya, tidak timbul isu bahawa kerajaan yang baru dibentuk oleh BN selepas PRU-13 perlu mengikut langkah yang diambil kerajaan terdahulu.

"Bila dah ada peralihan kuasa, Menteri Besar baharu yang akan menentukan hala tuju kerajaan negeri. Tambahan pula peralihan kuasa ini berlaku antara dua parti yang berbeza.

"Tidak ada istilah di mana Menteri Besar baharu yang datang daripada parti yang lain mewarisi tanggungjawab daripada pihak yang sebelumnya. Kita mempunyai prerogatif untuk membuat keputusan sendiri," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan