Pertemuan Khalid Dengan Azmin Bukan Soal Pertukaran Jawatan Menteri Besar

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata perjumpaan beliau dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali baru-baru ini bukan berkisar peralihan jawatan Menteri Besar yang disandangnya sekarang seperti digembar-gemburkan sesetengah pihak.

Pertemuan antara Abdul Khalid dan Mohamed Azmin selaku Ketua Kelab Penyokong Kerajaan Negeri adalah bagi membincangkan isu yang menjadi perhatian para anggota Dewan Undangan Negeri seperti Belanjawan Negeri 2014 dan pemilihan Ahli-ahli Majlis di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan, katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan seminar mengenai Pembangunan Bakat di Selangor anjuran anak syarikat kerajaan negeri SSIC Bhd, di sini, Abdul Khalid berkata beliau malah akan berjumpa Mohamed Azmin bagi membincangkan perkara yang sama petang ini.

Ketika ditanya pandangan beliau berhubung desas-desus isu pertukaran jawatan Menteri Besar yang disandang beliau kepada Mohamed Azmin, Abdul Khalid berkata: "Tak ada ... ini memang satu perkara yang saya ingat asam garam kewartawanan dan politik."

Abdul Khalid juga berkata kerajaannya mengamalkan dasar berhemah dalam perbelanjaan kerana selain daripada disiplin ia juga merupakan faktor kejayaan bagi sesebuah organisasi mahupun negeri.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan berhubung terlalu banyak kritikan terhadap beliau yang didakwa terlalu berjimat dalam soal kewangan kerajaan negeri.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan