Menjelang Pemilihan, PKR Adakan Kongres Khas Pinda Perlembagaan

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan kongres khas parti bagi membolehkan beberapa perlembagaannya dipinda.

Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata Kongres Nasional Khas Parti 2013 akan diadakan pada 24 November ini di Shah Alam bagi membincangkan dan membahaskan cadangan-cadangan pindaan perlembagaan parti itu.

"Notis telah dikeluarkan dan diedarkan kepada perwakilan...dijangka seramai 2,070 orang yang layak akan hadir ke kongres khas itu nanti.

"Kongres ini akan meluluskan beberapa pindaan penting untuk membolehkan kita melakukan satu lagi reformasi dalaman parti untuk lebih terbuka dan demokratik," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, Selasa.

Tian Chua berkata, kongres itu dicadangkan setelah PKR melihat sudah sampai masanya urusan pentadbiran parti dikemas kini dan sebagai langkah memenuhi tuntutan politik semasa di Malaysia.

Beliau menjelaskan bahawa pindaan perlembagaan parti itu bakal memberikan lebih kuasa kepada anggota di peringkat akar umbi membuat keputusan untuk hala tuju parti dan memilih calon yang dirasakan sesuai.

"Kita harap dengan pindaan ini pemilihan parti untuk penjawat-penjawat baru yang dijangka diadakan pada suku pertama 2014 akan memberi akauantibiliti dan kuasa lebih besar kepada akar umbi supaya mereka boleh mengambil penyertaan lebih aktif untuk menentukan halatuju dan dasar parti ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batu ini turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan Parti yang diketuai ahli Biro Politik Pusat, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew bagi memperhalusi dan memperinci cadangan-cadangan pindaan.

"Kita telah mengambil masa lebih sebulan turun ke akar umbi untuk mendapat maklum balas sebelum memutuskan tentang tarikh kongres.

"Maklum balas itu telah kita sepadankan dalam cadangan pindaan perlembagaan dan berharap ia dapat diluluskan," katanya.

PKR melakukan pindaan kali pertama ke atas perlembagaannya pada 1999 di mana Parti Ikatan Masyarakat yang tidak aktif dan berpangkalan di Terengganu ditukar kepada Parti Keadilan Nasional.

Pada 2003, pindaan kali kedua dilakukan dengan penyatuan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia yang membawa kepada pembentukan Parti Keadilan Rakyat (PKR sekarang).

Kali terakhir PKR meminda perlembagaan parti ialah pada tahun 2010 di mana parti itu menetapkan pemilihan secara langsung melalui seorang anggota satu undi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan