Isu Gambar Palsu Tidak Jejas Sokongan - Mohd Azam

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

 Mohd Azam Abdul Samat
Mohd Azam Abdul Samat

YAN: Calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat berkata isu penggunaan gambar palsu dalam risalah profile miliknya tidak menjejaskan kerancakkan kempen jentera parti itu menjelang pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan.

Mengakui tidak mengetahui mengenai penggunaan gambar tersebut sebelum dicetak, Mohd Azam bagaimanapun berkata maklumat lain mengenai latar belakangnya seperti yang terkandung dalam risalah itu adalah benar.

"Sebenarnya kita minta pereka grafik yang sediakan profile tersebut. Saya hanya memberikan maklumat yang berkaitan dengan diri saya.

"Apa yang penting ialah maklumat mengenai biodata diri saya iaitu berkaitan pendidikan serta keluarga adalah benar," katanya ketika ditemui di markas induk PAS PRK Sungai Limau di sini, Selasa.

Beliau mengulas mengenai penyebaran risalah kempen PAS yang memaparkan gambar kononnya beliau bertemu Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, di pejabatnya ketika Azizan menjadi Menteri Besar Kedah.

Menurut sebuah akhbar harian pada Isnin, gambar itu sebenarnya gambar kunjungan mesra dua pemberita kanannya ke atas Allahyarham Azizan pada 25 Mei 2011.

Akhbar itu mendakwa gambar itu telah diubah suai menerusi teknik superimpose bagi menampal wajah Mohd Azam pada wajah seorang daripada pemberita kanannya itu.

Sementara itu mengulas mengenai perkembangan kempennya yang memasuki hari ke tujuh, Mohd Azam berkata beliau berharap sokongan yang diberikan terhadapnya dapat diterjemahkan dalam bentuk undi.

"Kita akan cuba sedaya mungkin untuk meneruskan lagi agenda mendekati pengundi, mendekatkan diri dengan mereka.

"Insya-Allah sepanjang kita turun ini, pengundi memberi respon yang baik. Kita harap respon yang baik ini akan berterusan sehingga mereka mengundi PAS nanti," katanya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan