Hadi Ulangi Gesaan Agar Kerajaan Laksanakan Hukum Hudud - Berita Semasa | mStar

Hadi Ulangi Gesaan Agar Kerajaan Laksanakan Hukum Hudud

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekali lagi menggesa agar kerajaan melaksanakan hukum hudud, sambil mendakwa undang-undang sedia ada yang 'dicipta oleh Barat' gagal mengurangkan indeks jenayah di negara ini.

Beliau berkata undang-undang yang dilaksanakan di negara ini tidak langsung menimbulkan rasa takut dalam diri penjenayah, dengan mengambil contoh peningkatan kes jenayah di negara barat terutamanya Amerika Syarikat.

"Di negara Barat mereka telah melaksanakan sistem ini namun ia gagal menghalang jenayah kerana ia berlaku tanpa mengira waktu sama ada setiap hari mahupun dalam tempoh satu jam," kata Hadi dalam entri terbaru di laman Facebooknya pada Selasa.

Selain daripada menggunakan senjata dan pasukan keselamatan untuk membanteras jenayah, Hadi berkata undang-undang sedia ada perlu mengambil kira aspek kemanusiaan.

"Undang-undang sedia ada tidak menyokong aspek kemanusiaan yang merangkumi jasad,jiwa, minda dan keupayaan untuk hidup dalam masyarakat," katanya.

Hadi turut mengulas tindakan negara jiran, Brunei yang baru sahaja melaksanakan hukum hudud walaupun mereka berhadapan dengan tentangan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi hak asasi manusia.

"Ini kerana mereka tidak memahami bahawa undang-undang syariah adalah untuk mendidik, bukan menghukum. (Kita perlu) satu undang-undang yang dapat menimbulkan rasa takut kepada penjenayah," katanya sambil menambah undang-undang sedia ada menggunakan pendekatan hukuman yang bertentangan dengan Islam.

"Hukuman gantung sampai mati atau sebatan hingga menimbulkan kemudaratan adalah bertentangan dengan Islam, sama sekali," katanya.

Hudud adalah terma yang digunakan dalam undang-undang syariah untuk mengambil tindakan ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah seperti mencuri, zina, meminum arak dan murtad.

Isu berkenaan menjadi sangat kritikal kerana ia menimbulkan ketegangan dikalangan parti komponen dalam Pakatan Rakyat terutamanya antara PAS dan DAP sejak beberapa tahun yang lalu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh sangat konsisten menentang pelaksanaan hudud di Malaysia dan beliau telah beberapa kali menegaskan bahawa hudud bukan sebahagian daripada polisi bersama dalam DAP, PAS dan PKR.

Beliau juga menegaskan ia tidak termasuk dalam manifesto bersama mereka.

Bagaimanapun pemimpin PAS, beberapa kali menegaskan perjuangan melaksanakan hukum hudud merupakan perjuangan parti dan ia tidak perlu mendapatkan persetujuan daripada Pakatan Rakyat.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan