Anwar Nafi Desas-Desus Azmin Ali Ganti Abdul Khalid

Diterbitkan: Selasa, 29 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menafikan dakwaan bahawa Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali akan mengambil alih tempat Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Anwar berkata, tiada sebarang keperluan untuk melakukan pertukaran itu kerana mendakwa pentadbiran Selangor adalah antara yang baik di negara ini, selain Pulau Pinang.

"Kalau ada pengambilan alih, sudah tentu saya akan tahu. Ini suratkhabar yang lebih tahu tentang apa yang berlaku," katanya pada sidang akhbar di lobi Dewan Rakyat, di sini.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu sebelum ini berhubung desas-desus Mohamed Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid selepas beberapa pihak dalam PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran Menteri Besar itu.

Abdul Khalid turut dikritik Anwar baru-baru ini kerana menyifatkan Menteri Besar Selangor itu sebagai gagal membelanjakan perolehan negeri dengan baik.

Mengulas mengenai kritikan itu, Anwar berkata: "Abdul Khalid lantik saya untuk jadi penasihat, sebab itu saya tegur. Saya bertanggungjawab mengingatkan (Abdul Khalid)".

Mengambil contoh jalan raya yang berlubang di Selangor, Anwar berkata adalah lebih baik jika wang lebihan perolehan dibelanjakan untuk menyediakan infrastruktur lebih baik dan dibelanjakan kepada pendidikan.

"Setiap minggu saya terima aduan tentang jalan di Shah Alam. Jadi saya tegur Abdul Khalid untuk jaga-jaga pegawai yang bagi laporan semua baik, sedangkan sebenarnya berlopak-lopak." - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan