Rakyat Mahu Lebih Banyak Barang Keperluan Golongan Berpendapatan Rendah Dikecualikan GST

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lebih banyak barangan keperluan dan makanan diharapkan mendapat pengecualian GST.
Lebih banyak barangan keperluan dan makanan diharapkan mendapat pengecualian GST.

PETALING JAYA: Beberapa kumpulan pengguna mahu senarai barangan yang dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperluaskan merangkumi barangan keperluan lain terutama yang digunakan oleh kumpulan berpendapatan rendah.

Selain beras, minyak masak dan garam, mereka berkata terdapat banyak barangan makanan penting lain yang belum dimasukkan dalam senarai pengecualian.

"Kami bimbang sekiranya makanan seperti sardin dalam tin, roti dan biskut, yang juga merupakan barang-barang keperluan akan dikenakan cukai di bawah GST," kata Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang SM Mohamed Idris.

"Barang-barang makanan asas seperti itu juga perlu dikecualikan kerana ia digunakan secara meluas oleh kumpulan berpendapatan rendah.

"GST patut dikenakan ke atas barangan makanan mewah yang digunakan oleh golongan berpendapatan tinggi," katanya.

Jika tidak, katanya golongan miskin yang menghabiskan sebahagian besar daripada pendapatan mereka untuk makanan akan menderita dengan pelaksanaan GST.

Sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan dimansuhkan pada 1 April 2015 dan digantikan dengan GST yang telah ditetapkan pada kadar enam peratus.

Diumumkan bahawa GST tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, bekalan air paip, dan 200 unit elektrik yang pertama setiap bulan untuk pengguna domestik.

Antara perkhidmatan yang dikecualikan GST ialah cukai perkhidmatan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pendidikan sekolah dan perkhidmatan pengangkutan awam, termasuk tol lebuh raya.

Walau bagaimanapun, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) berkata kerajaan perlu melaksanakan jaringan keselamatan yang disasarkan kepada golongan miskin dan bukannya menambah bilangan barangan yang dikecualikan.

"Jika anda mengecualikan lebih banyak item, maka yang kaya pun akan menikmati faedah," kata timbalan presiden, Muhammad Sha'ani Abdullah.

"Selain melakukan ini, kerajaan harus memberi tumpuan untuk menyediakan perumahan mampu dimiliki dan pengangkutan awam, yang secara langsung akan membantu golongan berpendapatan rendah."

Muhammad Sha'ani berkata kos pengangkutan adalah perbelanjaan tertinggi bagi kumpulan pertengahan dan berpendapatan rendah selepas makanan dan perumahan.

"Selain itu, daripada memberi wang tunai yang boleh disalahgunakan, kerajaan boleh melakukan yang lebih baik dalam mengeluarkan baucar yang hanya boleh digunakan untuk barangan tertentu, seperti kedai runcit," katanya.

Antara mereka yang mempersoalkan pelaksanaan GST adalah Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.

Beliau berkata, item yang kini dikenakan cukai di bawah SST adalah lebih kurang daripada apa yang akan dikenakan cukai di bawah GST.

Jumlah barangan yang dikecualikan di bawah Akta Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai No 2) 2012, katanya mempunyai 250 muka surat.

Tetapi bilangan barangan yang tidak akan dikenakan cukai di bawah GST hanyalah 21 muka surat.

"Ini bermakna harga bagi majoriti barangan dan perkhidmatan akan meningkat kerana GST, walaupun selepas pemansuhan SST," katanya.

Ong berkata cukai jualan kini terhad kepada restoran-restoran tertentu dan perkhidmatan profesional seperti yang disediakan oleh akauntan, arkitek, perkhidmatan kenderaan motor dan pusat-pusat pembaikan dan ejen hartanah.

"Di bawah GST, mungkin perkhidmatan seperti yang disediakan oleh pusat-pusat tuisyen tertentu dan salun rambut akan dikenakan cukai," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan