PM Batal Lawatan Ke Manchester Akibat Ribut St Jude

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dijadual memulakan lawatan kerja hari pertama ke Manchester pada Isnin, membatalkan lawatan itu akibat ribut kencang St Jude yang membadai seluruh England dan Wales.

Pihak berkuasa mengeluarkan amaran angin kencang kepada syarikat pengangkutan serta menasihatkan pengguna supaya membuat semakan mengenai jadual perjalanan kereta api dan penerbangan.

Ribut St Jude, paling buruk dalam dekad ini, dijangka membawa angin pada kelajuan 100 batu sejam, menyebabkan pengguna terkandas akibat gangguan perkhidmatan pengangkutan jalan darat, rel dan udara.

Najib dijadual menaiki pesawat kerajaan dari Lapangan Terbang Luton ke Manchester untuk menghadiri program 1Malaysia untuk Belia (iM4U) dan menemui masyarakat Malaysia di Manchester.

Wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan itu, menunggu sejak 6 pagi dan dimaklumkan mengenai keputusan (pembatalan) pada 9 pagi Isnin.

"Perdana Menteri terpaksa membatalkan lawatan ke Manchester akibat cuaca buruk, yang menjurus kepada amaran supaya tidak melakukan penerbangan," kata Setiausaha Akhbar Najib, Datuk Tengku Sarifuddin Tengku Ahmad kepada wartawan Malaysia pada Isnin.

Walaupun lawatan itu dibatalkan, Najib akan menghadiri majlis resepsi yang dianjurkan oleh City of London Corporation lewat Isnin di Old Library Guidhall di Gresham Street sempena Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Kesembilan yang berlangsung dari 29 Okt hingga 31 Oktober.

Najib yang tiba di London pagi Ahad dari Kuala Lumpur, kini dalam rangka lawatan kerja ke Manchester dan London dari 27 Oktober hingga 31 Oktober. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan