Pemimpin Akar Umbi MCA Boleh Perjelas GST Kepada Rakyat - Liow

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan MCA baru-baru ini untuk memegang jawatan di peringkat kerajaan negeri adalah tepat pada masanya dengan pengumuman Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam Bajet 2014, kata Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, para pemimpin akar umbi MCA kini boleh turun padang bagi memberi penjelasan mengenai GST kepada rakyat.

"Ianya adalah tepat pada masanya kerana banyak penjelasan perlu dilakukan mengenai sistem cukai yang baharu kerana masih ramai yang tidak jelas mengenai GST.

"Maklumat mengenai yang diumumkan dalam bajet akan disalurkan ke para pemimpin akar umbi MCA dan saya yakin mereka boleh melakukannya," katanya kepada para pemberita di lobi parlimen.

Beliau berkata, maklum balas rakyat itu nanti akan diserahkan kepada kerajaan terhadap pelaksanaan GST pada April 2015.

Beliau menegur beberapa pihak, terutama pembangkang yang memainkan isu perkauman dengan mendakwa bahawa bajet yang diumumkan itu lebih berpihak kepada kaum tertentu.

"Adalah tidak adil untuk membuat tuduhan bahawa orang Cina terpinggir dalam bajet itu.

"Kita perlu memberi pejelasan kenapa bantuan diberikan kepada satu masyarakat dan bukan lain dalam konteks negara berbilang bangsa," katanya.

Sebagai negara berbilang bangsa, beliau menyedari bahawa kehendak bagi masyarakat tertentu mungkin berbeza dan sebarang bantuan yang disediakan adalah berdasarkan keperluan dan asas merit.

"Bagaimanapun, MCA tidak akan menyokong daar berdasarkan kaum tetapi hanya yang berdasarkan keperluan dan merit.

"MCA akan menyuarakannya kepada kerajaan sekiranya perkara itu adalah sebaliknya," tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan