Nilai Kekuatan BN, Bukan Individu - Sohaimi

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau membuat penilaian dalam konteks yang lebih besar mengenai kemampuan seorang wakil rakyat berdasarkan platform parti yang diwakilinya.

Jelas beliau, rekod kerajaan BN yang ditunjangi Umno terbukti mampu melaksanakan janji dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh rakyat.

"Saya mewakili sebuah parti yang mempunyai rekod dan sejarah yang begitu panjang iaitu Umno. Saya juga mewakili kerajaan BN yang kita tahu telah menjalankan amanah dan tanggungjawabnya kepada masyarakat sejak sekian lama.

"Kekuatan saya bukanlah kekuatan seseorang individu, tetapi kekuatan yang saya sandarkan kepada sebuah kepimpinan yang kuat, kerajaan yang utuh iaitu Umno dan BN," katanya pada Ahad.

Selain itu bekas pensyarah kanan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris itu merayu pengundi DUN Sungai Limau supaya memberi peluang kepada BN untuk membawa suara mereka ke DUN.

"Bagilah peluang kepada saya, insyaAllah apabila saya dipilih nanti, saya akan bawa semua masalah yang ditimbulkan ke pihak atasan (kerajaan negeri).

"Apabila rakyat Sungai Limau diwakili oleh wakil rakyat BN ia memudahkan urusan untuk membawa kemajuan ke kawasan ini," katanya.

PRK DUN Sungai Limau yang akan diadakan pada 4 November ini menyaksikan saingan satu lawan satu antara Ahmad Sohaimi menentang calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan