Mukhriz Tunggu Surat Rasmi MCA Selesai Isu Lantik Exco

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

YAN: Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan menunggu surat rasmi daripada MCA berhubung kebenaran melantik wakil parti itu bagi mengisi kekosongan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Katanya, kerajaan negeri Kedah masih mempunyai satu kekosongan jawatan exco untuk diisi oleh wakil masyarakat Cina.

"Saya harapkan keputusan secara bertulis kerana sebelum ini pun saya menulis surat kepada Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) mengenai sama ada ada boleh atau tidak kerajaan negeri lantik seorang wakil MCA menjadi exco.

"Waktu itu (Mei) saya menerima jawatan secara bertulis juga iaitu biarlah tunggu setelah EGM MCA selesai. Jadi kali ini saya harap untuk dapat surat seperti itu juga yang menyatakan bahawa segala yang disyaratkan mereka telah diselesaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Besar bersama warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, di sini, Isnin.

Selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, Mukhriz sudah melantik lapan wakil rakyat Umno mengisi sepuluh kerusi exco.

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 20 Oktober lalu, meluluskan dua resolusi yang membenarkan ahlinya menerima pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara atau sebarang jawatan dalam kerajaan seperti Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan syarikat milik kerajaan (GLC).

Pengerusi EGM, Datuk Yip Phooi Hong berkata, ahli parti itu juga boleh menerima pelantikan jawatan di peringkat kerajaan negeri, Exco, Ahli Majlis, Ketua Masyarakat atau sebarang jawatan bersesuaian.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan