KDN Lepaskan Salinan The Herald Yang Dirampas

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menyerahkan semula 2,000 salinan akhbar mingguan Katolik, The Herald yang dirampas di lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu pada Khamis.

Ahli Parlimen Tuaran Datuk Wilfred Tangau berkata beliau dimaklumkan oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Abdul Halim Mohammad bahawa salinan The Herald yang untuk gereja-gereja di Sabah telah dikeluarkan pada Ahad.

"Kami gembira dengan perkembangan ini," kata Tangau yang juga merupakan Timbalan Presiden Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).

Beliau bagaimanapun berharap bahawa tindakan itu tidak berulang lagi.

"Semua kejadian ini hanya menyebabkan kebimbangan yang tidak sepatutnya di kalangan rakyat Sabah," kata Tangau.

Editor The Herald Rev Father Lawrence Andrew berkata beliau dimaklumkan mengenai rampasan kira-kira pukul 3 petang, Khamis.

Katanya, pegawai-pegawai KDN tidak menyatakan sebab-sebab rampasan The Herald untuk kira-kira 20 gereja di Sabah.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan