Bekas Ahli Parlimen Balik Pulau Mohd Zain Meninggal Dunia

Diterbitkan: Isnin, 28 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Bekas Anggota Parlimen Balik Pulau Datuk Mohd Zain Omar meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang awal pagi Ahad.

Mohd Zain, 71, meninggal di rumahnya di Kampung Masjid, Bayan Lepas pada pukul 3.35 pagi selepas lebih sebulan uzur.

Beliau juga mengidap kencing manis.

Isteri Allahyarham, Datin Mahani Shahidan, 69, berkata jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bayan Lepas selepas solat Zohor.

"Beliau telah dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas Aidilfitri dan baru dibenar pulang ke rumah minggu lepas. Kami sekeluarga sentiasa bersamanya semasa dia terlantar sakit hinggalah saat beliau menghembus nafas terakhir," katanya kepada pemberita.

Yang turut menziarah jenazah Allahyarham ialah Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Tan Sri Annuar Musa dan beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Mohd Zain meninggalkan tiga orang anak iaitu Marziani, 46, Mohd Zaini, 42, Mohd Zairani, 37, dan lapan orang cucu.

Allahyarham bergiat aktif dalam politik sejak 1960-an dan pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas dan Teluk Kumbar serta anggota exco kerajaan negeri di bawah pimpinan mendiang Tun Dr Lim Chong Eu.

Beliau juga merupakan bekas Pengurus Pasukan Bola Sepak Pulau Pinang dan pernah membawa Skuad Harimau Kumbang itu menjuarai Liga Perdana pada tahun 1998. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan