Tanah Runtuh: 1,200 Penduduk Putus Bekalan Elektrik Sejak Seminggu Lepas

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Lebih 1,200 penduduk Kampung Seri Bongsu, Terap, Karangan dekat sini yang mengalami gangguan bekalan air sejak seminggu lepas akibat paip pecah dalam kejadian tebing runtuh, berharap pihak berwajib segera menyelesaikan masalah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Seri Bongsu Ismail Osman, 54, berkata kejadian tanah runtuh dan terputus bekalan air paip berlaku pada 19 Okt lalu dan aduan telah dibuat kepada Jabatan Kerja Raya Daerah Kulim Bandar/Baharu dan Syarikat Air Darulaman (SADA).

"Setelah dimaklumkan pihak SADA ada membuat kerja-kerja pembaikan tetapi paip di situ pecah semula sehari kemudian," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian pada Ahad.

Ismail berkata pihak JKR telah datang melawat lokasi tetapi hanya melakukan kerja-kerja memasang papan tanda amaran sahaja tetapi kerja pembaikan tidak pula dilakukan.

Sementara itu, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kulim Chua Thiong Gee yang melawat lokasi kejadian berharap pihak berwajib segera mengatasi masalah yang dialami penduduk kampung berkenaan.

"Kita difahamkan akibat musim hujan tanah runtuh telah berlaku mengakibatkan tebing jalan di situ rosak dan mengalami mendapan yang agak serius dan perlukan tindakan segera," katanya.

Katanya beliau telah menghubungi pihak SADA supaya mendahulukan kerja-kerja sambungan semula bekalan air kerana dalam tempoh seminggu dua akan datang, sempena cuti persekolahan banyak kenduri kahwin akan diadakan.

Beliau berharap JKR mempercepatkan kerja-kerja baik pulih tebing yang runtuh kerana ia boleh membahayakan keselamatan orang awam selain terdapat banyak lori dan treler membawa kelapa sawit menggunakan laluan itu.

Chua turut meminta polis trafik membuat rondaan di kawasan jalan itu kerana dilaporkan lori dipandu laju dan secara tidak berhemah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan