PM Tiba Di London Untuk Hadiri WIEF

Diterbitkan: Ahad, 27 Oktober 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di hotel penginapannya di London, awal pagi Ahad. Najib yang ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berada di United Kingdom dalam rangka lawatan kerja selama lima hari. -fotoBERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di hotel penginapannya di London, awal pagi Ahad. Najib yang ditemani isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berada di United Kingdom dalam rangka lawatan kerja selama lima hari. -fotoBERNAMA

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba di sini awal pagi Ahad dari Kuala Lumpur untuk menghadiri Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-9, yang akan diadakan pada 29 Oktober hingga 31 Oktober di Excel London.

Beliau disambut di lapangan terbang Luton oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom Datuk Seri Zakaria Sulong dan isteri Datin Seri Hazizah Ahmad.

Najib, yang dalam lawatan kerja ke Manchester dan London mulai 27 Oktober hingga 31 Oktober, adalah penaung Yayasan WIEF.

Setibanya beliau di hotel, Najib dan Rosmah disambut oleh beberapa pegawai kerajaan yang bertugas di London serta delegasi Malaysia yang mengambil bahagian dalam forum itu.

Edisi ke-9 WIEF dengan tema "Mengubah Dunia, Hubungan Baharu" akan melihat perdana menteri menyampaikan ucaptama di majlis pembukaan pada 29 Oktober serta menjadi tuan rumah kepada Majlis Makan Tengah Hari Pemimpin selepas itu.

Selain Najib, kira-kira 16 pemimpin termasuk ketua negara dan kerajaan telah mengesahkan penglibatan mereka dalam forum itu termasuk Perdana Menteri United Kingdom David Cameron, King Abdullah II dari Jordan, Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei serta Perdana Menteri Pakistan Muhammad Nawaz Sharif.

WIEF, yang diadakan buat pertama kali di luar negara Islam, akan meletakkan hala tuju baharu memandangkan minat yang tinggi dalam kalangan komuniti bukan Islam untuk terlibat dalam peluang perniagaan baharu dengan negara Islam.

Lebih 1,800 peserta yang terdiri daripada ketua pegawai eksekutif, cendekiawan, pakar serantau, pembuat dasar serta pemimpin perniagaan dari lebih 120 negara telah mengesahkan kehadiran mereka.

Najib juga dijadual mengadakan mesyuarat dua hala dengan Cameron pada hari yang sama, yang dijangka melihat lebih banyak kerjasama dalam banyak bidang antara kedua-dua negara.

Sebelum ini, Malaysia dan United Kingdom telah bersetuju mencapai sasaran dagangan sebanyak RM26 bilion menjelang 2016.

Tahun lepas, dagangan dua hala antara kedua-dua negara berjumlah RM13.74 bilion.

Sehingga Julai tahun ini, jumlah dagangan dicatatkan pada RM8.2 bilion. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan